| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Kuih Muih Sempena Hari Deepavali Kepada Penghuni Yang Beragama Hindu Di Penjara Reman Pulau Pinang

Pada 11 Oktober 2017, Jam 1030 pagi berlangsungnya Majlis Penyerahan Kuih Muih sempena Hari Deepavali kepada penghuni yang beragama Hindu di Penjara Reman Pulau Pinang. Seramai 16 orang wakil daripada pelbagai persatuan iaitu Persatuan Hindu Dharma Pulau Pinang, Persatuan Om Shakti Pulau Pinang, dan Pertubuhan Hare Krisna Batu Kawan. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada PP Mohd Suhairi bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis diteruskan dengan serahan kuih muih daripada ketua rombongan iaitu Encik Nanda Kumar a/l Velu kepada wakil penghuni.


""