| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program   Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan  Pegawai  Dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan 1

Pada 21 September 2017 (Khamis) Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka telah diberi mandat untuk mengelolakan Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan  Pegawai  Dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan 1 bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Sungai Udang, Melaka. Susunatur program dimulai dengan Sesi Ceramah Pertama bertajuk “Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung” oleh YBhg. KP Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Sesi Ceramah Kedua bertajuk “Akur Kepada Aku Janji” oleh  PKK Meor Aziz bin Sapawi, Bahagian Intergriti IPPM dan diakhiri dengan Sesi Ceramah Ketiga bertajuk “Mendepani Cabaran Masa Hadapan. Matlamat program adalah bertujuan menjelaskan dasar jabatan dan perkara yang berkaitan dengan pemantapan tadbir urus dan pengukuhan integriti perjawatan Jabatan Penjara Malaysia. Kehadiran terdiri daripada (158) orang peserta terdiri daripada Pengarah Penjara Negeri, Pengarah Institusi Seluruh Negeri Melaka bersama anggota dan kakitangan Zon Selatan 1.


""