| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program  Muzikal Merdeka Dan Dikir Barat Peringkat Penghuni 2017

Pada 21 September 2017 (Khamis), Bahagian Pemulihan Banduan/Tahanan PPA/Pusat Koreksional Machang, Kelantan telah menganjurkan Program Muzikal Merdeka dan Dikir Barat Peringkat Penghuni sempena sambutan bulan kemerdekaan. Program tersebut  diadakan bertempat di Padang Kawad PPI dan  telah disertai oleh  banduan dan tahanan. Nyanyian  lagu-lagu patriotik dan Dikir Barat  telah dipertandingkan.  Objektif utamanya adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri penghuni di samping melahirkan warga penghuni yang cergas, cerdas dari segi mental dan fizikal. Disamping  menyemai rasa kecintaan kepada negara dan memahami  erti kemerdekaan. Program bermula  jam 9.00 pagi dan telah diserikan lagi dengan kehadiran Penguasa Penjara Mohd Zamri bin Ngah diiringi oleh PPP Mohd Zuklifli bin Che Soh, Ketua Unit UKP, PPP Hasmani Binti Wan Jusoh,  selaku Ketua Unit Pemulihan PPI Banduan/Tahanan merangkap Penyelaras Program. Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan Anggota Unit PPI Banduan/Tahanan.  PP Mohd Zamri  telah menyampaikan ucapan  dan menyatakan sokongan di atas penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang. Kumpulan Dikir Barat Blok Barakah telah menjadi juara keseluruhan. Majlis telah berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan nyanyian lagu patriotik dan dikir barat pada jam 12.00 tengahari.


""