| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Zon Timur

12 April 2018 (Khamis) - Pada 12 April 2018 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Zon Timur dengan jayanya. Penjara Marang telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis tersebut. Majlis disempurnakan oleh YBrs Puan Hashimah binti Nik Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan), Kementerian Dalam Negeri. Turut menghadiri majlis adalah YBhg. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional), KP Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol, TKP Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Agama dan Cik Nur Shamilah binti Sahul Hamid, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran IPPM dan PKK Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu selaku tuan rumah negeri. Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Timur, Ketua-Ketua Institusi Zon Timur, Ketua-Ketua Jabatan dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat. Seramai 190 penerima hadir untuk sesi penyampaian anugerah di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu daripada institusi-institusi penjara Zon Timur terdiri daripada anggota beruniform dan kakitangan awam.


""