| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Institusi Penjara Negeri Johor

Pada 05 April 2018, jam 10.00 pagi telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Institusi Penjara Negeri Johor bertempat di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha KP Hj Abd Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Johor dan jemputan agensi seperti Ahli Lembaga Hakim Pelawat, EXPOAM, Bank Rakyat, PERSIAP dan Syarikat Perabot Chip Hong Sdn. Bhd. Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian pingat dan Sijil Penghargaan. Perutusan Komisioner Jeneral Penjara disampaikan oleh Yang Berusaha KP Hj Wahab bin Hj Kassim.


""