| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Bagi Tahun 2018

Bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka di Kg. Lanchang, Melaka pada 09 sehingga 11.04.2018 telah diadakan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2018. Pada tahun ini Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka bersama S.M.K Sungai Udang telah menjadi tuan rumah bersama untuk mengendalikan perkhemahan ini. Seramai 186 peserta dari 6 buah sekolah dan 36 urusetia telah terlibat dalam perkhemahan tersebut. Sepanjang 3 hari perkhemahan tersebut perbagai pertandingan seperti kawad kaki berpasukan, sentap, kawad kaki individu, malam kebudayaan, rentas berhalangan dan orienteering telah diadakan. Pada tahun ini Johan keseluruhan telah dirangkul oleh Pasukan Kadet Koreksional  dari S.M.K. Telok Mas, Melaka. Majis perasmian telah disempurnakan oleh YDH Haji  Zulkifli bin Bahrom Ketua Unit Pusat Kokurikulum Melaka yang mewakili YBrs Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari Pengarah Pendidikan Negeri Melaka  dan YDH PP Sulan bin Bachek telah mewakili YBrs KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pada edisi tahun 2019, tuan rumah perkhemahan akan di kelolakan oleh Institut Koreksional Malaysia ( IKoM ), Melaka dan penyerahan bendera telah diserahkan oleh KIP Mohd Faizal bin Hassan kepada Timbalan Pengarah Institut Koreksional Malaysia ( IKoM ) YDH TPP Azhar bin Hasan.


""