| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Negeri Terengganu Tahun 2018

02hb. April 2018(Isnin)-Penjara Marang Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Penjara Kali Ke-228 Tahun 2018 Peringkat Penjara Negeri Terengganu yang bertemakan ?Pemulihan Dinamik Pengintegrasian Strategik?. Majlis sambutan pada kali ini telah disempurnakan oleh Ybrs. PKK Ahmad Saidi bin Hamzah Pengarah Penjara Negeri Terengganu, turut hadir sama dalam Sambutan ini iaitu Ybrs. PKK Mohamad bin Ismail Pengarah Penjara Marang Terengganu, Ybrs. PKP Mat bin Yaakob Pengarah Pusat Koreksional Dungun serta PP Mohd Irwan bin Awang Timbalan Pengarah Penjara Marang Terengganu barisan pegawai kanan dan anggota dari setiap Institusi. Seramai 350 anggota dan kakitangan hadir memeriahkan sambutan pada kali ini. Seramai 85 penerima anugerah pingat berserta sijil penghargaan peringkat Penjara Negeri Terengganu sempena sambutan kali ini. Turut berada dalam senarai penerima Sijil Penghargaan ialah tiga(03) Pegawai Pendidikan dari Kementerian Pendidikan Daerah Marang yang banyak menyumbangkan bakti dan tenaga dalam Jabatan Penjara Malaysia. Susunatur majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia serta diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh TPP Mohd Nazri bin Mohamad. Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pingat kepada penerima. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perutusan daripada KJP Dato' Seri Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang telah disampaikan oleh Ybrs Pengarah Penjara Negeri Terengganu. Majlis telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi.


""