| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Dato? Undang Syed Ali Al Jufri

4 April 2018 (Rabu) - Bertempat di Muzium Penjara Malaysia Melaka telah berlangsung Program Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya bersama (40) pelajar SMK Dato? Undang Syed Ali Al Jufri, Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi, simulasi penjara, lawatan berpandu dan sesi soal jawab bersama Pegawai Muzium Penjara Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dikalangan pembimbing rakan sebaya selain membendung para pelajar di peringkat sekolah daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Program ini dirasmikan oleh PP Mohd Rothman bin Bujang, Pengarah Muzium Penjara Malaysia. Aktiviti ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.


""