| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara Ke-228  Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

02 APRIL 2018 (Isnin) - Pada 2 April 2018 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara ke-228 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting dengan jayanya. Antara program yang dijalankan pada hari berkenaan sempena dengan Hari Penjara adalah pemakaian pingat disempurnakan oleh PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, pembacaan perutusan hari penjara daripada YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar dibacakan oleh PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Pembakaran artikel larangan di hadapan Astaka PK Kamunting, gotong-royong membersihkan kawasan sekitar PK Kamunting, program ziarah kakitangan yang telah berpencen, perlawanan bola sepak antara pegawai kanan dan lain-lain pangkat, dan bacaan Surah Yassin selepas Solat Magrib berjemaah di Surau As-Syakirin PK Kamunting. Majlis Perbarisan juga dihadiri oleh Anggota Polis Balai Polis Kamunting, wakil daripada Bahagian Hortikurtur Jabatan Pertanian Daerah Bota, wakil daripada Jabatan Pertanian Larut Matang dan Selama, wakil daripada Jabatan Perikanan Daerah Larut Matang dan Selama, dan wakil daripada Jabatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama bagi menerima Sijil Penghargaan daripada pengurusan PK Kamunting.


""