| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Ketibaan Dan Pelepasan Peserta Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book Of Records For Longest Distance Tandem Cycling By A Group (Visually Handicapped) Di Penjara Sungai Petani

Pada 19 Mac 2018 telah diadakan satu majlis sambutan ketibaan peserta Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book Of Records For Longest Distance Tandem Cycling By A Group (Visually Handicapped) Di Penjara Sungai Petani. Kayuhan yang bertemakan ?Solidariti Untuk Negara? ini terdiri daripada pengayuh buta (OKU) penglihatan daripada Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan, pengayuh solid daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia dan juga pengayuh-pengayuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Peserta kayuhan tiba di Penjara Sungai Petani dari Pusat Koreksional Perlis pada jam 5 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 960.3 km pada hari kesepuluh penjelajahan. Ketibaan disambut oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar dan kakitangan Penjara Sungai Petani yang turut memberi sokongan kepada peserta-peserta kayuhan.

Pada 20 Mac 2018 pula, majlis pelepasan peserta kayuhan telah disempurnakan oleh PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar. Sebelum pelepasan dibuat, satu pertunjukan basikal BMX oleh The UnderNorthern BMX Club Sungai Petani telah dipertontonkan kepada peserta dan kakitangan Penjara Sungai Petani. Peserta kayuhan akan meneruskan kayuhan mereka menuju ke Taiping sejauh 123.5 km pada hari tersebut.


""