| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pra Tonton Perbarisan Kontingen Penjara Negeri Melaka Dan Majlis Serah Bendera Sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Di Penjara Sungai Udang, Melaka

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan  Peringkat Negeri Melaka satu Majlis Pra Tonton Perbarisan Kontingen Penjara Negeri Melaka dan Majlis Serah Bendera Jabatan telah diadakan di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 27.08.2018 (Isnin). Majlis ini telah disempurnakan YBrs Komisioner Penjara Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut Hadir pada majlis tersebut YDH PKK Wan Umar Bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah yang mewakili YBrs TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, selaku tuan rumah dan ketua-ketua Institusi Penjara  Negeri Melaka. Dua kontingen telah menjayakan majlis ini iaitu kontingen Penjara Negeri Melaka yang telah disertai oleh 45 anggota pelbagai pangkat dari seluruh institusi Penjara Negeri Melaka dan kontingen Kadet Putra yang terdiri dari 30 penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas dan Jasin. Penyerahan bendera juga turut diadakan di mana tuan pengarah negeri Melaka telah menyerahkan bendera kepada KIP Noorfazleen binti Ahmad Dugel selaku Ketua Kontingen Perbarisan Hari Kebangsaan bagi tahun 2018.
""