| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Solat Sunat Hari Raya ?Eidul Adha 1439H/2018M Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

KAMUNTING, 22 OGOS 2018 (RABU) bersamaan 10 ZULHIJJAH 1439, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan Solat Sunat Hari Raya ?Eidul Adha Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting bersempena Hari Raya ?Eidul Adha 1439H. Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Yang Bertugas KIP Mohd Azmen Bin Ibrahim serta pegawai-pegawai pengiring. Seramai 186 orang banduan telah hadir untuk solat hari raya yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program dimulakan dengan alunan takbir raya beramai-ramai sehingga jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan Solat Sunat Hari Raya ?Eidul Adha secara berjamaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Afiq Bin Exrimah Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat koreksional Kamunting. Selesai solat sunat hari raya, ia diteruskan dengan bacaan khutbah raya yang bertajuk ?PENGORBANAN MENURUT PERINTAH ALLAH?. Program berakhir pada jam 9.10 pagi.
""