| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah Oleh YBhg Dato? Sri Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Serta Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia

Pada 06 Ogos 2018 (Isnin), jam 10.00 pagi, YBhg Dato? Sri Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara berserta rombongan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan  telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie Bin Hj.Apdal, Ketua Menteri Sabah, bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan YAB Datuk Seri Panglima Hj.Mohd Shafie Bin Hj.Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Selain itu juga, kunjungan hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Jabatan Penjara Malaysia yang diketuai oleh YBhg Dato? Sri Zulkifli Bin Hj.Omar. Antara lain tujuan kunjungan hormat tersebut adalah memaklumkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj.Shafie Bin Hj.Apdal tentang halatuju Jabatan Penjara Malaysia sebagai Peneraju Perkhidmatan Korektif.


""