| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya Ke Penjara Dusun Dato? Murad

16 Ogos 2018 (Khamis) : Penjara Dusun Dato' Murad telah menerima lawatan sambil belajar daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Selangor. Lawatan tersebut telah disertai seramai 30 orang kakitangan MPSJ dan diadakan sempena Program Tempat Kerja Bebas Dadah MPSJ. Lawatan telah diketuai oleh Puan Emilia Binti Nasir selaku Penolong Pengarah Bahagian Integriti MPSJ. Ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin selaku Timbalan Pengarah Penjara Dusun Dato' Murad, beberapa orang pegawai kanan dan juga anggota. Aturcara program telah dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato? Murad, sesi ceramah ?Mesej Dari Penjara? bersama penghuni dan  lawatan ke persekitaran kawasan agro.


""