| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kajang Ogos 2018

15 Ogos 2018 ? Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kajang Bulan Ogos kali ini dikelolakan oleh Maktab Penjara Malaysia bertempat di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia Perhimpunan ini telah dihadiri oleh seramai 210 warga Kompleks Penjara Kajang, Malaysia.

Majlis disempurnakan oleh YBhg Komisioner Jeneral Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Di akhir ucapan dan amanatnya YBhg Komisioner Jeneral Dato? Sri mengingat semua kakitangan agar mengekalkan semangat patriotik dan cintakan negara apatah lagi tugas utama warga kerja penjara kepada negara adalah memulih dan membimbing penghuni agar mereka dapat menjadi warga yang menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

Di antara pengisian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara dan Pingat Jasa Penjara bagi Zon Tengah, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Pengibaran Jalur Gemilang, Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Institusi Kompleks Penjara Kajang.
""