| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ceramah Matlamat Hidupku: Mengapa Aku Masih Disini Dan Begini? Peringkat Penghuni

Pada 25 Julai 2018 (Rabu), Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Ceramah Matlamat Hidupku: Mengapa Aku Masih Disini Dan Begini? Peringkat Penghuni. Program ini yang bertemakan Matlamat Hidup Memacu Keperibadian Insan dianjurkan bagi memberi kesedaran dan celik akal kepada banduan tentang kepentingan mempunyai penetapan matlamat dalam kehidupan sebagai panduan hidup agar lebih berfokus. Majlis dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas dan bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan, Pegawai Psikologi institusi. Seramai 100 orang banduan pelbagai kaum telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Ceramah telah disampaikan oleh Penceramah jemputan Encik Muhamad Yusuf Bin Abu Bakar, Pegawai Psikologi daripada Penjara Taiping. Majlis turut dihadiri oleh PP Amir Bin Abidin dan diakhiri dengan sediki jamuan ringan.


""