| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ziarah Dakwah Hari Kecemerlangan Sekolah Agama (JAIM)  Henry Gurney Telok Mas Melaka

Pada 19 Disember 2018 telah diadakan Program Ziarah Dakwah Hari Kecemerlangan Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney Telok Mas Melaka.  Majlis dimulakan dengan Ceramah Keluarga Bahagia Membawa Ke Syurga oleh Ustazah Rozita Binti Abdul Rahim, Guru Cemerlang Pendidikan Negeri Melaka dan acara seterusnya penyerahan Slip Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2018. Pada tahun ini 49 calon telah menduduki peperiksaan UPKK dan seramai 15 orang pelajar telah mendapat 8A dengan pencapaian keseluruhan 100% lulus. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian slip peperiksaan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBhg KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad. Turut hadir menjayakan majlis Ustaz Bokhari Bin Md Amin, Penolong Pegawai Pengurusan Sekolah Bahagian Pendidikan JAIM.


""