| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kumpulan Walid Penjara Dusun Dato? Murad Menyertai Asian Pasific Quality Conference (APQC) 2018 Di Abu Dhabi

9-13 Disember 2018 : Kumpulan Walid Penjara Dusun Dato? Murad telah menyertai Asia Pasific Quality Conference (APQC)  2018 yang berlangsung di Jumeirah At Etihad Towers Hotel, Abu Dhabi. Kumpulan Walid telah terpilih untuk mewakili sektor awam (Persekutuan) bersama dengan lima kumpulan lain iaitu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang mewakili Pihak Berkuasa Tempatan serta dua pasukan daripada Sime Darby yang mewakili sektor swasta. APQC 2018 yang berlangsung selama lima hari itu telah disertai sebanyak 29 pasukan yang dijemput berdasarkan saringan dan kecemerlangan pada peringkat awal saringan melibatkan keseluruhan 31 buah negara Asia Pasifik.

Kumpulan Walid yang diwakili oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin, Nor Azlan Bin Sarmudan serta Makram Akmal Bin Mohamad telah mempersembahkan Projek Inovasi ?Wreen Fish? iaitu makanan ikan keli berasaskan tumbuhan hijau telah berjaya memikat hati juri dan mendapat penganugerahan 3 BINTANG dengan markah 90 ke atas. Hasilnya, Kumpulan Walid telah membawa pulang piala (Commitment To Excellence) dan juga sijil pengiktirafan. Kejayaan ini telah mencatatkan sejarah kepada Kumpulan Walid kerana menjadi Institusi Penjara yang pertama di Malaysia dan juga di kalangan negara Asia Pasifik yang mendapat pengiktirafan APQC. Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Dusun Dato? Murad khususnya.


""