| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelaksanaan Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 06 Disember 2018 (Khamis) bertempat di Perkarangan Pusat Komuniti, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Penjara Seberang Perai Tahun 2018. YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim, Pengerusi Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang turut sama hadir bagi meninjau pelaksanaan program. Lebih kurang (100) orang peserta terdiri daripada anggota, kakitangan dan warga Zon Perdana dan Pangsapuri Kuarters telah turut sama berganding bahu bagi membersihkan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membendung peningkatan pembiakan nyamuk aedes dan terjadinya penularan wabak denggi.Turut diadakan acara cabutan bertuah dan jamuan makan di akhir program.


""