| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Malam Jasamu Dikenang Di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Mahkota Kluang, Johor

Malam Jasamu Dikenang telah diadakan pada 23 Nov 2018 bertempat di PRP Kem Mahkota Kluang, Johor yang bertemakan pakaian 60an. Seramai 115  anggota  penjara, pembantu wadar  dan keluarga telah hadir bersama-sama bagi meraikan persaraan Sjn 7109 Lailisan bin Abu Hassan dan keluarga. Turut hadir KP Hj. Abd Wahab bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Ramli bin Osman Pengarah Penjara Simpang Rengam, dan Left. Kol. Ahmad Murad bin Jailani SSO Markas 7 Briged Kem Mahkota Kluang, Johor. Turut diadakan adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan boling, pertandingan memancing yang telah dijalankan sebelum ini. Pertandingan pakaian mengikuti tema 60an bagi kategori lelaki dan wanita.turut dipertandingkan pada malam tersebut.


""