| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Muzium Bandar Hilir Ke Pusat Koreksional Kamunting, Perak

22 November 2018 (Khamis) ? Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan kerja daripada wakil kakitangan yang bertugas di Muzium Bandar Hilir, Melaka diketuai oleh IP Mohd Asmadi bin Azlan diiringi oleh 4 orang anggota pelbagai pangkat. Lawatan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat tambahan serta artifak yang berkaitan untuk dipamerkan di Muzium Bandar Hilir. IP Nik Mohd Asrul bin Nik Min dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat berkenaan Pusat Koreksional Kamunting kepada ahli lawatan. Lawatan dimulai dengan sesi melawat ke sekitar kawasan pentadbiran PK Kamunting dan disudahi dengan sesi fotografi, minum petang dan menandatangani buku pelawat.


""