| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat ke Atas Mufti Negeri Perak

Pada 21 November 2018, satu program telah dijalankan di antara Tempat Tahanan Khas Kamunting bersama Mufti Negeri Perak di Pejabat Mufti Negeri Perak  iaitu Program Kunjungan Hormat Ke Atas Sahibus Samahah Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria.  Antara yang hadir dalam program tersebut adalah PKK Zaidi Bin Hamid
(Timbalan Pengarah Bahagian banduan/ Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi), PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali
(Pengarah Tempat Tahanan Khas Kamunting), dan PP Haji Turedy Bin Abdullah (Pejabat Pengarah Negeri).

 Program ini merupakan salah  modul bagi program pemulihan tahanan  Akta Pencegahan Keganasan (2015) di bawah tajuk Kerohanian. Pada dasarnya juga program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta peluang kepada tahanan untuk menimba ilmu serta nasihat selain untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat berkaitan jihad daripada daripada Mufti Negeri Perak.
    
 PKK Zaidi bin Hamid telah merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Perak khususnya Sahibus Samahah Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria kerana menerima kunjungan Jabatan Penjara Malaysia untuk mengadakan program pemulihan kepada 4 orang tahanan POTA bagi meminta pandangan dan nasihat daripada beliau sebagai persediaan kepada tahanan yang akan dibebaskan tidak lama lagi serta akan melanjutkan program seperti ini pada masa akan datang.Dengan adanya program seperti ini, ianya  dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Mufti Negeri Perak.

Dalam ucapan balas, Sahibus Samahah Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria juga mengalu-alukan kedatangan daripada Jabatan Penjara bagi menjalankan program tersebut. Selain itu, beliau juga telah memulakan program tersebut dengan memberi pengertian Islam. Menurut beliau, Islam adalah agama yang memberi nasihat dan ingat mengingati sesama muslim kerana ia merupakan adalah satu kewajiban. Selain itu juga, peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah adalah kerana diserang dan Islam tidak pernah memulakan peperangan serta tidak pernah juga memusuhi sesiapa. Dengan merujuk kepada peristiwa pada zaman Salahuddin Al- Ayubi, Islam sentiasa melayan baik semua tanpa mengira agama. Di akhir program tersebut juga telah diadakan sesi taaruf dan soal jawab tahanan POTA bersama Mufti Negeri Perak. Sahibus Samahah Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria juga turut memberi nasihat kepada semua yang hadir pada program tersebut supaya bersyukur dan menghargai diri kerana manusia telah dijadikan sebagai khalifah dan sangat mulia di sisi Allah.



""