| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Ybhg. TKJP Dato? Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan) Ke Pusat Koreksional Kamunting, Perak

19 November 2018 (Isnin) ? Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. TKJP Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan) Jabatan Penjara Malaysia. Lawatan adalah bertujuan untuk memastikan kesesuaian bagi penempatan banduan daripada Kem Pemasyarakatan ke Pusat Koreksional Kamunting sebagai Pusat Reintragrasi Penghuni (PRP). Turut bersama dalam lawatan ialah PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengrah Pusat Koreksional Kamunting, PP Harun bin Awang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting serta wakil daripada Purnama Farm bagi menjayakan kolaborasi kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Syarikat Swasta melalui Corporat Smart Intership (CSI). Lawatan dimulai dengan sesi melawat ke kawasan Blok Jaya untuk penempatan banduan PRP dan disudahi dengan sesi fotografi, makan tengahari dan menandatangani buku pelawat.


""