| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelaksanaan Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 Penjara Pusat Sri Aman

Pada 29 November 2018 (Khamis) telah diadakan Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Penjara Pusat Sri Aman. Pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan  serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Seramai hampir 70 orang kakitangan uniform dan awam terlibat dalam gotong-royong yang melibatkan kawasan kompleks penjara dan perumahan kakitangan. Aturcara program dimulakan dengan temuduga Penolong Pegawai Kesihatan yang dijemput dari Kementerian  Kesihatan Bahagian Sri Aman. Program pada hari tersebut di teruskan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, PKP Teyun Thian Eim, seterusnya merasmikan Kempen Menanam Sejuta Pokok Buah-buahan. Kemudian program diteruskan dengan gotong royong oleh staff dan anggota serta keluarga warga Penjara Pusat Sri Aman di sekitar  kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.


""