| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Hari Keluarga Kakitangan Divisyen A Penjara Puncak Borneo

Pada 1/12/2018 bertempat di Borneo Samariang Water Park, Kuching telah diadakan hari Keluarga Dan Sukaneka Kakitangan Penjara Puncak Borneo Divisyen A bertemakan ?STAY COOL & GET WET?. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada anggota dan ahli keluarga melakukan aktiviti bersama dan mengeratkan silaturrahim di kalangan anggota dan keluarga dalam pengisian masa terluang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka kanak-kanak dan dewasa, mandi-manda, aktiviti bebas dan penyampaian hadiah pemenang sukaneka.  Penganjuran aktiviti ini mendapat respon yang amat positif dari anggota. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan jayanya tanpa ada masalah dengan penyertaan seramai 220 orang anggota termasuk ahli keluarga. Tahniah di atas sokongan dan penglibatan anggota serta keluarga Divisyen A.


""