| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih bersempena sambutan Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina Pusat Koreksional Bintulu

Pada 22 Februari 2018 (Khamis), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersempena sambutan Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina yang telah diadakan di Unit Jumpa Pusat Koreksional Bintulu. Program ini telah melibatkan seramai 7 orang Pegawai Kanan, 15 orang anggota lain-lain pangkat, 10 orang banduan, 2 orang tahanan, dan 66 orang ahli keluarga. Program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani, disusuli dengan ucapan wakil daripada penghuni, jamuan makan dan akhir sekali sesi beramah mesra di antara penghuni dan keluarga masing-masing. Program ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


""