| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Bersama YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II

Program Sambutan Jalinan Kasih Tahun Baru Cina, Penjara Seremban telah dilaksanakan pada 22 Februari 2018 (Khamis), dengan kehadiran tetamu kehormat YB Senator Datuk Chong Sing Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II. Turut hadir ialah Penolong Kanan Komisioner Hafidz Bin Othman dan juga Pengarah Penjara Seremban Penolong Komisioner Muhammad Nazri Bin Nasrudin. Acara dimeriahkan dengan Tarian Singa iaitu tarian tradisi masyarakat cina. Turut dijemput sama iaitu NGO Persatuan Buddha (Geha Bodhi Care Centre) yang banyak membantu dalam Program Pemulihan di Penjara Seremban. Program yang turut menemukan penghuni dengan keluarga mereka secara bersemuka ini diharap dapat memberi keyakinan untuk penghuni tentang penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap mereka. Tetamu dihidangkan dengan jamuan yang telah disediakan dan persembahan daripada penghuni serta acara ?Yee Sang? dan acara memotong kek bagi memeriahkan sambutan tersebut. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.


""