| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018

Pada 21 Februari 2018 (Rabu), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang bersama Unit Lain-lain Agama dan Unit Kebajikan telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina bertempat di Dataran Perhimpunan, Penjara Kajang. Program ini bermula jam 09.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari melibatkan seramai 29 orang penghuni dan 102 ahli keluarga yang hadir. Program bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara keluarga dan memberi peluang kepada penghuni merasai kemeriahan sambutan perayaan bersama keluarga tercinta. Pengisian program dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan nyanyian daripada penghuni. Majlis telah dirasmikan oleh PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din (Timbalan Pengarah Penjara Kajang) yang diiringi oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan) serta dihadiri oleh pegawai  dan anggota lain-lain pangkat.


""