| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

?Siapa Kata Tak Sayang?

Pada 20 Februari 2018 (Selasa), bertempat di Dataran Insaf, Penjara Seremban telah diadakan bicara santai ilmiah yang bertajuk ?Siapa Kata Tak Sayang? yang disampaikan oleh saudara Syamsul Amri bin Ismail atau dikenali dengan nama Syamsul Debat. Majlis turut disertai oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PP Mohd Hafizey bin Yahya, wakil Pengarah Penjara Negeri Sembilan, (13) anggota PERSIAP Penjara Seremban, (30) orang kakitangan termasuk Pegawai Kanan dan anggota lain-lain pangkat serta (124) penghuni Penjara Seremban.

Majlis yang bermula jam 8.00 malam dihidangkan dengan selawat keatas Nabi dan nyanyian lagu-lagu Memuji Kebesaran Ilahi oleh kumpulan Al-Ikhlas. Seterusnya ceramah oleh saudara Syamsul Debat yang banyak menyentuh mengenai institusi kekeluargaan dan nilai kasih sayang keluarga terhadap penghuni. Majlis pada malam itu diakhiri dengan ucapan oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan ringan.


""