| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina peringkat penghuni  Penjara Pokok Sena 2018

Pada 21 Februari 2018 (Rabu), Unit Pemulihan dan Rawatan telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina peringkat penghuni Penjara Pokok Sena 2018. Program ini telah dirasmikan oleh TKP Mohd Sabri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kedah Darul Aman yang turut dihadiri oleh Persatuan Lions Club, Persatuan Buddha dan PENAWAR. Program ini melibatkan seramai 14 orang penghuni yang beragama Buddha. Antara objektif program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta merasai kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina.


""