| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Makan Malam ?Sekalung Budi Segunung Bakti? Sempena Persaraan Dan Pertukaran Pegawai Kanan Penjara Taiping

Pada 01 Februari 2018 ( Khamis ) jam 9.00 malam bertempat di Hotel Flemington telah diadakan Majlis Makan Malam ?Sekalung Budi Segunung Bakti? sempena persaraan dan pertukaran Pegawai Kanan Penjara Taiping. Majlis ini telah dihadiri oleh PKK Charin Promwichit , Pengarah Penjara Taiping bersama isteri Pn. Ooi Yok Hui, Pengerusi PERSIAP Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa serta khidmat bakti yang dicurahkan kepada Penjara Taiping dan khususnya kepada Jabatan Penjara Malaysia. Antara pegawai yang bersara yang diraikan SJN 3909 Md Zain Bin Ghazali, Ustaz Husni Bin Wan. Bagi Pegawai yang bertukar adalah PP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain, PP Haji Mohd Radzun Bin Othman, IP Ahmad Hazwan Bin Johari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada wakil yang bersara dan bertukar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan hadiah daripada Mess Pegawai Kanan dan Kelab Sukan yang disampaikan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping dan penyampaian hadiah sumbangan PERSIAP disampaikan oleh Pn. Ooi Yok Hui, Pengerusi PERSIAP Penjara Taiping. Majlis berakhir dengan sesi bergambar diantara Pegawai Kanan dan PERSIAP bersama pegawai yang dirai.


""