| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Gaya Hidup Sihat Penjara Taiping

Pada 03 Februari ( Sabtu ) Program Gaya Hidup Sihat Warga Penjara Taiping telah diadakan dengan mendaki Bukit Larut Taiping, Perak yang melibatkan anggota dan keluarga seramai 200 orang termasuk ahli-ahli PERSIAP institusi Penjara Taiping. Program ini dimulakan pada  jam 7.30 pagi dimulakan dengan sesi taklimat dan aktiviti rengangan di Kaki Bukit Larut. Majlis tersebut telah turut disertai oleh PP Abdul Rahman Bin Hasan, Penguasa Penjara Taiping dengan membuat pelepasan kepada peserta yang hadir. Program ini dianjurkan oleh Penjara Taiping bagi merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan serta keluarga selain menerapkan gaya hidup yang sihat melalui program kecergasan. Program ini dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi menyahut saranan kerajaan bagi membudayakan amalan sihat kepada semua kakitangan kerajaan. Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada kakitangan dan keluarga yang berjaya sampai ke Pos 3 pada jam 11.00 pagi.


""