| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ilmiah Belia Bersama Warga Muzium Penjara Malaysia

Pada 3 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Muzium Penjara Malaysia Melaka telah berlangsung Program Ilmiah Belia Bersama Warga Muzium Penjara Malaysia yang dianjurkan oleh Unit Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Muzium Penjara Malaysia Melaka.  Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Hjh. Norpipah binti Abdol, Timbalan Exco Pembangunan Belia Dan Warisan. Program ini turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Mohamad Saizi bin Ibrahim Timbalan Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka, Tuan haji Sha? ari bin Samsudin Pengurus Besar Unit Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka, Pn. Siti Mariam Binti Ahmad Tobias Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan KIP Mohamad  Azan bin Md Suhat wakil Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Program Pemasyarakatan Jabatan Penjara Malaysia kepada golongan belia disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan belia di dalam Negeri Melaka. Program ini dimulakan dengan persembahan pancaragam oleh Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Lawatan Berpandu Di Dalam Muzium, Latihan Dalam Kumpulan, Kuiz berkenaan Muzium Penjara Malaysia dan Mesej Dari Penjara daripada bekas banduan Penjara Banda Hilir Melaka. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.


""