| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan EKSA (Refleksi Pelaksanaan Amalan Eksa) Daripada Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Pada 30 Januari 2018 (Selasa), satu Lawatan EKSA (Refleksi Pelaksanaan Amalan EKSA) daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah diadakan bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Lawatan tersebut dihadiri oleh seramai 38 orang peserta-peserta dari pelbagai jabatan/agensi yang menghadiri Kursus Pelaksanaan Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti Sektor Awam (Pembudayaan EKSA) Siri 1/2018 diadakan mulai 30 Januari hingga 2 Februari 2018 di INTAN Sarawak.

Satu sesi taklimat ringkas telah telah diadakan kepada peserta kursus tersebut oleh YDH TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan juga turut disampaikan oleh Encik Wander anak Ringgau iaitu merupakan Setiausaha EKSA.


""