| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1438H

Pada 25 Januari 2018 (Khamis) bersamaan 9 Rabiulakhir 1439H, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Penjara Kajang yang diadakan di Surau At-Taqwa Penjara Kajang. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Seksyen Pemulihan, Ketua Unit Agama Islam dan pegawai PPI. Sebanyak 7 kumpulan yang mewakili blok penempatan penghuni telah menyertai pertandingan ini yang turut dinilai oleh juri yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Pembantu Guru Agama dan Pegawai PPI. Tempat pertama disandang oleh kumpulan dari Blok Kekal 1, diikuti dengan kumpulan dari RPD 1 di tempat kedua dan Kekal 2 di tempat ketiga. Pertandingan yang bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari turut mempertandingkan satu kategori baru, iaitu solo terbaik. Seramai 237 penghuni terlibat dengan program ini. 


""