| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka Mengadakan Ziarah Ke Rumah KPL 15467 Norashikin binti Abd. Aziz

Pada 26.01.2018 ( Jumaat ) Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor bersama beberapa pegawai kanan, anggota, wakil PERSIAP dan kakitangan awam telah menziarah ke rumah KPL 15467 Norashikin binti Abd Aziz sekeluarga. Pihak Pengurusan telah dimaklumkan bahawa anak kepada pasangan tersebut yang baru lahir mengalami penyakit jantung berlubang. Semasa ziarah tersebut Pengarah yang mewakili seluruh warga kerja telah menghulurkan sumbangan tersebut kepada KPL 15467 Norashikin binti Abd Aziz bagi membantu meringankan kos perubatan. Di samping itu, pihak pengurusan  sedang berusaha untuk mendapatkan sumber lain untuk  membantu kos rawatan dan perubatan anak yang kini masih berada di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Seluruh warga kerja Penjara Sungai Udang, Melaka mendoakan agar anak KPL 15467 Norashikin binti Abd Aziz kembali dalam keadaan  sihat.


""