| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Perdana Penjara Marang Terengganu Tahun 2018

03hb. Januari 2018 (rabu) ? Firman Allah S.W.T : ?Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.? (QS. Al Baqarah : 153). Sebagai umat islam kita hanya perlu meminta dan memohon hanya kepada Allah SWT sahaja, Allah lah satu-satunya yang dapat memakbulkan segala permohonan kita. Salah satu cara untuk menyampaikan hajat dan permohonan kita adalah melalui solat. Sehubungan itu, Unit Agama Penjara serta AJK Surau Muhammadiah dengan kerjasama pihak Pengurusan Penjara Marang Terengganu meneruskan lagi program pengimarahan Surau Muhammadiah, Penjara Marang dengan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana peringkat Kakitangan Penjara Marang Terengganu. Majlis bermula jam 7.00 petang ini dimulai dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Khairul Hisyam bin Ali. Program diteruskan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shayuti bin Abdullah, dan seterusnya aturcara program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Solahuddin bin Razali. Seramai 57 orang jemaah hadir dalam majlis ini terdiri daripada Pengarah Penjara Marang Terengganu, pegawai kanan, anggota dan kakitangan serta PERSIAP cawangan Penjara Marang. Mengakhiri program adalah sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur kepada jemaah yang hadir.  Kita mohon agar Allah S.W.T mengurniakan pertolongan-Nya setelah diuji-Nya akan kesabaran kepada kita, juga nikmat kelapangan pula setelah diberi akan-Nya kesusahan dan kemudahan setelah diberikan kesulitan. Kita juga mohon moga-moga Allah S.W.T senantiasa membimbing kita ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat dan hidayah serta diberi segala kebaikan serta dilindungi dari segala keburukan yang tiada diketahui oleh kita melainkan Dia-Lah Yang Maha Mengetahui. Aamiin Allahumma Aamiin.


""