| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Peserta Program ?Gather Safe Ride & Kami Prihatin? Melaka Tourism Bike Week 2017 Ke Muzium Penjara Malaysia

31 Disember 2017- Muzium Penjara Malaysia  telah menerima kunjungan daripada peserta-peserta Program Gather Safe Ride & Kami Prihatin Melaka Tourism Bike Week 2017. Rombongan tersebut diketuai oleh Puan Anita Binti Yusop(Pengarah Anita Entertainment & Production) yang bertindak selaku pengarah program dan turut bersama-sama menyertai adalah En.Teh King Khoon pemilik Syarikat Ban Zen Motors SDN.BHD dan 200 peserta yang lain. Rombongan Tersebut telah disambut oleh Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia. Turut serta menjayakan program ini adalah PKP Noratimah Binti Abu Bakar Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka serta tetamu-tetamu jemputan. Antara pengisian lain program tersebut adalah sesi persembahan daripada penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dan juga sesi lawatan berpandu. Selain itu,Muzium Penjara Malaysia bersama-sama Unit Pameran Penjara Negeri Melaka dijemput untuk membuka booth pameran di tapak Karnival Program Melaka Tourism Bike Week bertempat di Dataran Satu Malaysia Klebang Melaka. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberikan info  yang berguna kepada masyarakat luar seterusnya dapat menjadikan Muzium Penjara Malaysia sebagai tempat rujukan,tempat memperkenalkan aktiviti-aktiviti serta produk jabatan dan juga sebagai tempat penyampaian maklumat.


""