| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Hi-Tea Kadet Koreksional Penjara Negeri Melaka di Penjara Dusun Dato? Murad

27 Julai 2018 (Jumaat) : Bertempat di Dataran Agro Penjara Dusun Dato? Murad, telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea Kadet Koreksional Penjara Negeri Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut ialah TKP Noor Aziz Bin Muhammad Nor, Pengarah Penjara Sungai Udang, PKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Penjara Sungai Udang, wakil Pengarah Sekolah Henry Gurney dan wakil Pengarah IKOM serta tenaga pengajar sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat dengan Kadet Koreksional. Majlis diadakan bertujuan untuk meraikan Penjara Negeri Melaka sebagai Johan Keseluruhan Sempena Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2018.


""