| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kita Member ?Positif VS  Negatif? Di Program Reintegrasi Penghuni Kem Mahkota Kluang, Johor (PRP)

Pada 24 Julai 2018 (Selasa) PRP Kem Mahkota telah mengadakan Program  Kita Member ?Positif  vs  Negatif?  Bersama Orang Diselia (ODS) di Dewan 1Malaysia PRP Kem Mahkota, Kluang, Johor anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti cara memilih  sahabat yang sejati dan sahabat yang perlu dijauhi. Selain itu peserta program didedahkan dengan aktiviti kerusi baring, keretapi kain pelekat dan radio karat. Ianya adalah untuk mempupuk semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Akhir sekali ODS diberi peluang untuk menceritakan tentang latar belakang kawan yang paling rapat. Program ini dikendalikan oleh  Pn. Siti Hasmah bt. Marikom, bersama 3 kakitangan LPPKN Negeri Johor disertai oleh 30 ODS dan 3 anggota Penjara.


""