| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Oleh Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA)

Pada 17 Julai 2018 (Selasa), jam 10.00 pagi, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) yang diketuai oleh YBhg. Dato? Rahman Lariwoo, Presiden SABA, turut dihadiri oleh Mr. Rich Aucbucher, Presiden Persatuan Tinju Austria. Kunjungan tersebut telah disambut oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo, PP Bolkiah bin Srah, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang lain. Tujuan kunjungan diadakan adalah sesi suai kenal bersama Jabatan Penjara Malaysia khususnya Negeri Sarawak dimana membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan usaha kerjasama untuk menubuhkan Pusat Latihan di Sekolah Henry Gurney, Penjara Puncak Borneo. Objektif usaha ini adalah untuk memupuk semangat sukan dan melatih pelatih menjadi peninju yang berjaya.


""