| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Gawai Raya Peringkat Penjara Puncak Borneo

Pada 11 Julai  2018 (Rabu), Majlis Sambutan Gawai Raya Peringkat Penjara Puncak Borneo telah diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Penjara Puncak Borneo. Majlis tersebut turut dihadiri oleh TKP Ajidin bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PKK Fathi bin Mursidi Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak beserta keluarga, Ketua Institusi Penjara Sarawak dan jemputan daripada Jabatan /Agensi berhampiran. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh bin Majin. Lebih kurang 350 orang kakitangan dan anggota Penjara Puncak Borneo turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada anak dan kakitangan, pertandingan gerai tercantik, cabutan nombor bertuah, penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan pertandingan pakaian sedondon. Majlis sambutan ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara kakitangan.


""