| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Program Didik UPSR 2018

Pada 7 Julai 2018 (Sabtu), Majlis Perasmian Program Didik UPSR 2018 anjuran Bank Rakyat Kota Padawan telah diadakan bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Norashikin binti Shaharudin, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat dan turut dihadiri oleh Encik Abdul Razak bin Mohd Atan, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Padawan dan PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Seramai 250 orang pelajar, 6 orang Guru Besar dan 50 orang Guru Pengiring yang terdiri daripada 7 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Wira Jaya, Sekolah Rendah Semenggok, Sekolah Rendah Landeh, Sekolah Rendah Paya Mebi, Sekolah Rendah Endap dan Sekolah Rendah Haji Baki.


""