| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pemilik Kereta Perodua Alza Penjara Sungai Udang, Melaka

Menjelang berakhirnya bulan Syawal, Pemilik Kereta Perodua Alza Penjara Sungai Udang, Melaka  telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10.07.2018 ( Selasa ) di Rumah Kelab Penjara Sungai Udang, Melaka. Sambutan buat kali kedua ini telah mengumpulkan kira-kira  24 buah kereta Perodua Alza yang terdiri dari anggota  Penjara Sungai Udang. Turut hadir ke majlis ini  adalah TPP Che Azlan bin Che Min yang mewakili Ybrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang. Dalam sambutan tersebut didakan cabutan nombor bertuah, penyampaian duit raya kepada anak-anak dan pemotongan riben ahli baru yang ke 24 Kelab pemilik kereta Perodua Alza Penjara Sungai Udang. Ia dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli kelab, mengumpul keahlian, mengenali ahli keluarga kelab dan dapat memeriahkan suasana hari raya.


""