| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Hari Bertemu Pelanggan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 10 Julai 2018 (Selasa) jam 11.30 pagi telah berlangsung Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu bertempat di Ruang Legar Penjara Wanita. Sambutan Hari Bertemu Pelanggan adalah bertemakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mewujudkan ikatan kerjasama antara jabatan serta orang awam. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Lim Kim Mooi serta barisan pegawai kanan turut menyambut mesra kehadiran TKP Hj Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah / W.P Labuan, PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Johari bin Md. Yatim, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Keningau serta barisan kakitangan kompleks Penjara Kota Kinabalu.

Kehadiran beberapa agensi kerajaan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, JHEAINS, Lembaga Hakim Pelawat, Jabatan Kesihatan serta beberapa agensi kerajaan yang  lain dan orang awam menyerikan lagi sambutan pada hari tersebut. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada kakitangan serta tetamu yang hadir. Program tersebut berakhir pada jam 3.00 petang.


""