| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Seremban

Pada 28 Jun 2018 (Khamis), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Seremban telah mengadakan Program Jalinan Kasih Hari Raya bertempat di Dataran Penerimaan, Penjara Seremban. Program ini telah disertai seramai 10 penghuni dan dihadiri  seramai 38 ahli keluarga penghuni. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Program Jalinan Kasih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dengan keluarga disamping dapat merasai kemeriahan Syawal bersama dengan ahli keluarga yang tersayang. Beliau juga berharap keluarga penghuni akan terus memberikan sokongan dalam memastikan penghuni tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan lalu.


""