| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dan ?Ngiling Bidai? Peringkat Penjara Pusat Miri Tahun 2018

Pada 29 Jun 2018 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Pejabat Vokasional & Industri Penjara Pusat Miri telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan ?Ngiling Bidai? peringkat institusi Penjara Pusat Miri bagi tahun 2018. Majlis di hadiri oleh kakitangan Penjara Miri beserta keluarga, Guru sekolah berhampiran, pesara-pesara dan penduduk setempat. Turut hadir, Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Salleh dan Pengerusi PERSIAP, Puan Wan Shahrina Binti Siroon.

Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan aturcara diteruskan dengan lawatan ke gerai-gerai, jamuan makan, cabutan nombor bertuah, pemberian duit raya, pengumuman pertandingan gerai yang tercantik dan upacara mengetas ranyai dan ?ngiling tikai?. Majlis sambutan ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara kakitangan. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.


""