| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Kaamatan,Hari Ibu Dan Hari Bapa Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 29 Jun 2018 Majlis Jalinan Kasih sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Kaamatan, dan Hari Ibu Dan Hari Bapa telah diadakan peringkat penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Sekolah Intergriti, Penjara Wanita, Kota Kinabalu. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Majlis ini telah diadakan di Dewan Rafflesia Penjara Wanita, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Lim Kim Mooi. Dif-dif jemputan yang telah menghadiri majlis ini ialah Ahli Lembaga Hakim Pelawat Ybhg. Datuk Kathleen Lee Mee Oi, pihak Persatuan NGO, para Penceramah agama serta ahli keluarga penghuni. Seramai 6 penghuni dan  keluarga terlibat untuk menyertai majlis ini. Antara pengisian program yang telah dibuat ialah pertandingan membuat Potret Ibu Bapa, Pertandingan Kad Raya dan Pertandingan Unduk Ngadau ( Ratu Cantik ), persembahan tarian Zapin, membaca sajak, dan persembahan keluarga.


""