| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Gawai Raya Peringkat Penjara Pusat Sri Aman Tahun 2018

Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, sambutan perayaan dan perjumpaan bulanan dilihat mampu memupuk perpaduan dalam kalangan warga kerja Penjara Pusat Sri Aman.Melalui aktiviti-aktiviti seperti itu membolehkan warga kerja berinteraksi selain turut mengeratkan tali silaturahim.Malah melalui aktiviti serta program yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada mereka.

Pada Majlis Sambutan Gawai Raya Peringkat Penjara Pusat Sri Aman yang diadakan pada 28 Jun 2018, yang menampilkan pelbagai aktiviti antaranya Persembahan Karaoke, Cabutan Nama Bertuah, Agihan Duit Raya untuk anak-anak warga kerja, ?Lucky chair?, mengetas ranyai dan ?ngiling tikai?.

Turut hadir, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman selaku Penaung Kelab Rekreasi Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman, PKP Teyun Thian Eim.

Kepelbagaian program dan aktiviti yang dijalankan juga mampu memperkukuhkan semangat berpasukan seterusnya mewujudkan komuniti yang harmoni, sejahtera dan muafakat dalam kalangan warga kerja.


""