| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pembayaran Zakat Fitrah 1439h Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh

Program Pembayaran Zakat Fitrah 1439h Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh telah diadakan pada hari Rabu, 06 Jun 2018 bersamaan 21 Ramadan 1439H di Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian program adalah penerangan tentang Zakat Fitrah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Azmi bin Ishamudin. Turut serta dalam program ini adalah Amil Zakat Penjara Sungai Buloh yang telah dilantik iaitu IP Ahmad Muzhaffar bin Razali dan Kpl 17480 Muhammad Zulfiqar bin Mukhtar dan telah disaksikan oleh Ketua Unit Agama Penjara Sungai Buloh, Ustaz Amir Adili bin Mohd Noor. Program bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari dan disertai oleh 100 orang penghuni.


""